Home / Admin

Admin

Esok Hari Terakhir Sesi Persekolahan Tahun 2014

Pada hari Jumaat (esok) para pelajar akan pulang ke rumah masing-masing memandangkan sesi persekolahan tahun ini bakal berakhir. Para pelajar akan dibawa pulang oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Para pelajar dibenarkan pulang seawal jam 12.00 tengah hari. Para pelajar perlu menghantar buku kebenaran keluar berwarna hijau di post pengawal sekolah.

Read More »

Lawatan Penanda Aras ke Sarawak dan Brunei

Alhamdulilah…pada 11-13 November yang lalu, satu ‘team’ dari SBPISB telahpun melakukan sebuah lawatan penanda aras ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan negara Brunei Darussalam.

Team tersebut diwakili oleh 4 orang kuat sekolah iaitu Tn. Hj. Ahmadi bin Abas (Pen. Kanan Pentadbiran), Tn. Hj. Badrul Anam bin Samuri (Pen. Kanan HEM), Tn. Hj. Idris bin Napiah (Pen. Kanan Kokurikulum) dan Tn. Hj. Hamsuddin bin Othman (GKMP Sains).

Read More »

Taklimat PT 3 Tingkatan 3

Personalia : Guru  mata pelajaran tingkatan 3

Tempat : Dewan Ibnu Rusd

Tarikh & Masa  : 1Julai 2014 – 11 Julai 2014 / 2:30 petang

 

Read More »

Selamat Hari Guru 2014

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Guru khususnya Pendidik Intesaber..

“GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI”

Read More »

Kripton Juara

Temasya Olahraga 1 Murid 1 Sukan kali ke-11 telah melabukan tirainya setelah tiga hari bertungkung lumus dari 27 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013. Walaupun pada mulanya Temasya Olahraga ini hampir di tunda akibat masalah jerubu yang melanda negara. Berkat doa semua rakyat Malaysia, akhirnya bencara jerubu berakhir dan Temasya olahraga sekolah dapat di teruskan.Sukan tahun ini telah menjemput Dato’ Abdul Malek b Mohamed Noor, jaguh sukan bina badan negara untuk hadir bersama

dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar. Beliau telah hadir kira-kira jam 10 pagi seturusnya memberikan motivasi dalam Program Bersama Tokoh.

Temasya Olahraga kali ini, rumah Kripton berjaya merampas semula kejuaraan Temasya Olahraga dari rumah Radon yang menjadi johan pada tahun lepas. Pada tahun ini, Radon telah menjunam ke tempat ke 4. Rumah Zenon di tempat kedua dan Helium di tempat ke tiga.

Read More »

Laman Web Kembali

Assalamualaikum…
Setelah sekian lama laman ini berhenti dari di kemaskini bukan bermakna ia tidak akan kembali lagi. Laman ini telah diserang oleh Hacker dari Myanmar. Dan masalah itu telah dapat di atasi. Dengan usaha yang berterusan, pihak kami akan terus mengemaskini laman untuk masa terdekat ini.

Read More »

Ulang Tahun Sekolah ke-11

Tanggal 8 Julai 2013 genab usia sekolahku yang ke-11.

Selamat ulang tahun sekolahku yang tercinta! Semoga engkau makin sukses dalam membentuk generasi-generasi kebanggaan Malaysia dan dunia! Tetaplah berkembang, tetaplah berprestasi, bersatu padu, kerana kita adalah SATU. Jadilah yang terbaik, menjunjung tinggi Ilmu Iman dan Istiqamahmu.
Semoga semakin dewasa dan tenang dalam menghadapi setiap masalah yang menimpa.
Apapun yang terjadi, aku, kami, anak-anakmu, penghunimu, tetap mencintaimu, INTESABAR.

Read More »