Home / Berita (page 10)

Berita

Maklumat Disiplin 1/2015

Kepada;

Semua Pelajar,
Ibu Bapa / Penjaga Pelajar
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.

Tuan/Puan Yang Dihormati,

PEMAKLUMAN PERATURAN BAHARU DAN PENGUATKUASAAN PERATURAN SEMASA

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada sebarang sebarang unsur yang menjejaskan keselamatan pelajar khususnya dengan menjayakan PROGRAM SEKOLAH SELAMAT.

Read More »

Majlis Bacaan Ikrar Pelajar dan Guru

Tajuk : Majlis Bacaan Ikrar Pelajar dan Guru

Tarikh : 12 Januari 2015

Tempat : Dewan Ibnu Khaldun SBP Integrasi Sabak Bernam

Hari ini telah berlangsung majlis ikrar pelajar dan guru di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 7.30 pagi. Majlis ini dimulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al Quran oleh saudara Wan Mohd Azizi. Seterusnya diikuti dengan Bacaan Ikrar pelajar yang diketuai oleh Ketua Pelajar SBPI Sabak Bernam, saudara Ahmad Zahin manakala Ikrar Guru diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn.Hj Ahmadi b Abas. Majlis diakhiri dengan ucapan amanat dari Puan Pengetua SBPI Sabak Bernam, Puan Azizah bt Mohd Adanan yang memberi fokus “Amanah Seorang Pendidik dan juga Pelajar”.

Read More »

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Read More »

Pemilihan Tingkatan 1 Kuota Autonomi Pengetua SBP Tahun 2015

Temu duga Pemilihan Tingkatan 1 Kuota Autonomi Pengetua Sekolah Berasrama Penuh : SBP Integrasi Sabak Bernam adalah seperti berikut :

Tarikh : 3 Disember 2014 (Rabu)
Masa : 7:45 pagi – 4:30 petang
Tempat : SBP Integrasi Sabak Bernam
Pakaian : Calon berpakaian sukan lengkap
Keperluan lain : Fail sijil dan alat tulis

Read More »

Esok Hari Terakhir Sesi Persekolahan Tahun 2014

Pada hari Jumaat (esok) para pelajar akan pulang ke rumah masing-masing memandangkan sesi persekolahan tahun ini bakal berakhir. Para pelajar akan dibawa pulang oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Para pelajar dibenarkan pulang seawal jam 12.00 tengah hari. Para pelajar perlu menghantar buku kebenaran keluar berwarna hijau di post pengawal sekolah.

Read More »

Lawatan Penanda Aras ke Sarawak dan Brunei

Alhamdulilah…pada 11-13 November yang lalu, satu ‘team’ dari SBPISB telahpun melakukan sebuah lawatan penanda aras ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan negara Brunei Darussalam.

Team tersebut diwakili oleh 4 orang kuat sekolah iaitu Tn. Hj. Ahmadi bin Abas (Pen. Kanan Pentadbiran), Tn. Hj. Badrul Anam bin Samuri (Pen. Kanan HEM), Tn. Hj. Idris bin Napiah (Pen. Kanan Kokurikulum) dan Tn. Hj. Hamsuddin bin Othman (GKMP Sains).

Read More »

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2015/2016

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/2016  telah dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Read More »