Home / Displin

Displin

UNIT PENGURUSAN DISIPLIN SBPI SABAK BERNAM
1. PENDAHULUAN
Kepatuhan individu mahupun sesebuah organisasi terhadap nilai disiplin yang dibentuk memacu kecemerlangan yang dihasratkan. Nilai-nilai postif perlu diamalkan dalam rangka gerak kerja kecemerlangan pendidikan khususnya serta berusaha menjauhi nilai-nilai negatif yang merosakkan agenda kegemilangan sahsiah diri dan keagungan sebuah ketamadunan.

2. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan Tahun 1970 mentakrifkan disiplin sebagai:
“…. Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan  dari luar atau dengan kerelaan sendiri.Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

  1.  MATLAMAT DISIPLIN SBPI SABAK BERNAM

3.1    Melahirkan insan pelajar yang dapat memimpin diri sendiri dan orang lain pada setiap masa melalui penampilan sahsiah yang mantap.
3.2    Mewujudkan kesungguhan menghormati peraturan dan tatasusila kehidupan dengan pengamalan nilai tanggungjawab setiap warga sekolah terhadap keharmonian persekitaran.
3.3    Membentuk keharmonian dan keselamatan persekitaran daripada unsur-unsur perlanggaran etika disiplin.
3.4    Melahirkan pelajar yang beridentiti cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5    Pembentukan modal insan gemilang yang mampu memberi sumbangan kondusif terhadap keperluan keluarga, masyarakat dan negara.

  1.  PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN SBPISB

Peraturan disiplin pelajar SBPISB diasaskan kepada :
•    Keadilan dan layanan sama rata
•    Kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang
•    Amalan hormat-menghormati
•    Perhubungan yang sihat dan harmonis
•    Perpaduan masyarakat dan negara.

  1.  PENGUATKUASAAN

5.1    Semua guru dan para pengawas diberi kuasa menguatkuasakan peraturan-peraturan di dalam buku ini mengikut prosedur ditetapkan.
5.2    Kuasa menghukum diberikan kepada Pengetua atau guru-guru yang diberikan kuasa oleh Pengetua.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI BERBENTUK INTERVENSI:

  1.  PROMISE (PROGRAM MINDA SEJAHTERA)
    2.    CANTAS (CANTIKKAN AKHLAK SEMUA)
    3.    PROGRAM JATI DIRI
    4.    HARGAI DIRIMU
    5.    KILAUAN MUTIARA
    6.    ANTI BULI
    7.    CERAMAH PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH(POLIS)
    8.    OPS PONTENG
    9.    URINE TEST