RADON JUARA
Temasya Sukan Olahraga ke-10 yang berlangsung dari 26 - 30 Julai 2012 menyaksikan rumah Radon sekali lagi muncul johan keseluruhan. Radon mengalahkan rumah Kripton dengan kelebihan 8 mata iaitu 2008 mata berbanding Kripton sebanyak 2000 mata. Tahniah kepada rumah Radon.
Jawatan kuasa kejohanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Tarikh Peperiksaan Umum 2012
Maklumat awal mengenai semua tarikh peperiksaan 2012 yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di kelas peperiksaan pada tahun ini.
SPM (U) : 12 - 13/6/2012 (2 hari)
UPSR : 11 - 13/9/2012 (3 hari)
PMR : 9 - 11/10/2012 dan 15 - 16/10/2012 (5 hari)
STAM : 16 -18/10/2012 dan 22 - 23/10/2012 (5 hari)
SPM : 5/11 - 6/12/2012 (16 hari)
STPM : 6/11 - 6/12/2012
MUET : 3/3/2012 (sesi Mac), 28/7/2012 (Sesi Julai) dan 10/11/2012 (Sesi November)
Untuk maklumat lanjut sila klik SINI
Larian Integrasi 2012
Pada 13 jan.2012 telah berlangsung Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke-10. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama guru-guru, staf sekolah , Polis Cawangan Trafik Sabak Bernam, Ketua Kampung Sungai Apong, Klinik Parit Bharu dan lain-lain lagi. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat dalam Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10. Pelajar yang mendapat tempat pertama hingga tempat keenam dalam kategori L1,P1,L2,P2 akan mewakili sekolah dalam pertandingan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sungai Haji Dorani pada 19 Januari 2012. Semoga atlet-atlet ini akan beroleh kejayaan. Berikut merupakan keputusan bagi Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10.
Analisis Keputusan PMR 2011
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Seramai 65 orang pelajar SBPI Sabak Bernam telah mendapat keputusan semua A dalam PMR 2011.Ini menunjukkan terdapat peningkatan yang baik dari PMR 2010. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.0678 yang telah meletakkan SBPI Sabak Bernam pada kedudukan ke28 daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia. Lonjakan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat semua A sangat memberikan suasana positif kepada semua warga guru SBPI Sabak Bernam khususnya dan para ibubapa amnya.
