| Nadwah Kepimpinan Islam Ke-30 |
|
|
|
| Ditulis oleh Roslan |
| Khamis, 25 Mac 2010 22:00 |
|
Para peserta yang mengikuti program ini merupakan ahli BADAR ( Badan Dakwah dan ) bagi setiap sekolah. Ada diantara peserta merupakan pengerusi dan naib pengerusi BADAR bagi sekolah masing-masing. Terdapat 56 buah Sekolah Berasrama Penuh yang menyertai Nadwah Kepimpinan ini. Setiap sekolah pula menghantar 6 oarng pelajar dan seorang guru pengiring. Sesi pendaftaran bagi peserta NKI ke-30 telah bermula seawal 12.00 tgh. Ramai kontijen yang tiba tepat pada waktunya. setibanya mereka ke perkarangan tempat pendaftran para peserta dan guru disambut dengan petugas-petugas SBPISB.Selepas selesai pendaftaran para peserta serta guru pengiring di bawa ke villa d'putera dan villa d'puteri untuk sesi mengurus diri. Taklimat peserta, pemandu dan fasilitator diadakan pada waktu malam. Taklimat tersebut diadakan untuk menerangkan perjalanan program NKI selama 3 hari supaya para peserta, pemandu dan fasilitator mengetahui perjalanan program NKI dengan lebih jelas. Taklimat tersebut telah diberikan oleh Tn. Hj.Amir bin Berau, Tn. Hj. Ahmadi bin Abas dan Tn. Hj. Saipul Bahri bin Mahpoz. Pada hari kedua, program NKI dimulakan dengan solat subuh, kuliah subuh dan program pembukaan NKI. Kemudian para peserta dan fasilitator mengikuti program Tamrin Qiyadi yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Abdul Ghafar bin Don. Selepas solat jumaat para peserta dan fasilitator mengikuti program ceramah yang bertajuk Pengenalan Fungsi BADAR dan pada petangnya pula peserta mengikuti aktiviti riadah. Aktiviti malam dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengaan kuliah maghrib yang diberikan oleh Ustaz Nasri dan tajuk kuliahnya ialah Teras Ilmu Keunggulan Ummah. Seterusnya program diteruskan dengan usra. Perjalanan hari ketiga NKI kali ke-30 berjalan dengan lancar.Program berjalan dengan lancar tanpa aral melintang. Solat subuh dan diikuti kuliah subuh memulakan hari ketiga. Selepas itu , para peserta berhimpun di Dataran Informasi sebelum bergerak kelokasi-lokasi Kembara Minda yang terdiri daripada Baitul Ehsan. Projek Tanaman Mangga, Bio-Asli, Ternakan Lembu Fidlot Watan Waja dan IKS Desaku Hj. Tajuri. Pada sebelah petangnya pula aktiviti diteruskan dengan Program Explore-Riadah.Manakala pada sebelah malam pula para peserta dan fasilitator dihidangkan dengan Forum Perdana.Di mana para panel yang dijemput terdiri daripada Prof Madya Dr. Harlina Harliza binti Siraj dan Prof. Madya Dr. Mohd Ishak bin Sulaiman.Forum tersebut dipengerusikan oleh Tn. Hj. Amir Bin Berau. Pada 21 Mac 2010 iaitu pada hari ahad merupakan hari terakhir para peserta serta fasilitator mengikuti NKI. Program dimulakan dengan solat subuh dan kuliah subuh dan diikuti dengan program penutup NKI. Alhamdulillah program penutup NKi dapat dijalankan dengan lancar. Seawal jam 2.00 ptg para peserta bersedia untuk pulang ketempat masing-masing. Semoga Program Nadwah Kepimpinan Kali ke-30 ini dapat memberikan input yang berguna kepada para peserta dan juga pada semua fasilitator. Sehingga berjumpa lagi di NKI kali ke-31 di SBPI Selandar, Melaka. |