Home / Berita / Kripton Juara

Kripton Juara

Temasya Olahraga 1 Murid 1 Sukan kali ke-11 telah melabukan tirainya setelah tiga hari bertungkung lumus dari 27 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013. Walaupun pada mulanya Temasya Olahraga ini hampir di tunda akibat masalah jerubu yang melanda negara. Berkat doa semua rakyat Malaysia, akhirnya bencara jerubu berakhir dan Temasya olahraga sekolah dapat di teruskan.Sukan tahun ini telah menjemput Dato’ Abdul Malek b Mohamed Noor, jaguh sukan bina badan negara untuk hadir bersama

dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar. Beliau telah hadir kira-kira jam 10 pagi seturusnya memberikan motivasi dalam Program Bersama Tokoh.

Temasya Olahraga kali ini, rumah Kripton berjaya merampas semula kejuaraan Temasya Olahraga dari rumah Radon yang menjadi johan pada tahun lepas. Pada tahun ini, Radon telah menjunam ke tempat ke 4. Rumah Zenon di tempat kedua dan Helium di tempat ke tiga.

Unit Sukan dan Kokurikulum ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan dalam menganjurkan Temasya Olahraga pada tahun ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjaya Temasya Olahraga 2013.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHNAN

HELIUM

KRIPTON

RADON

XENON

EMAS 18 29 16 18
PERAK 25 16 22 18
GANGSA 14 21 20 26
MATA 864 995 870 888
REKOD
SUKAN TARA 878 852 885 902
PERBARISAN 236 190 193 188
SORAK 16 20 12 24
JUMLAH MATA 1994 2057 1960 2002
KEDUDUKAN 3 1 4 2

Olaharagawan 2013

MOHAMED SYAFIZEE B MOHD SAFIEE         (L2) XENON
EMAS 1.Lompat Jauh (R)    2. Lompat Tinggi (R)    3. Lompat Kijang

Olahragawati 2013

NURUL AZMIRA BT AZMAN            (P3) RADON
EMAS 1. 100m (R)    2. 200m            3. Lompat Jauh

GAMBAR TEMASYA OLAHRAGA 2013