Home / Logo Dan Bendera

Logo Dan Bendera

Logo dan Bendera

• Warna kuning keemasan : melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan serta ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan dan undang-undang, raja dan negara

• Warna maroon ; melambangkan semangat tinggi yang membara, keberanian menghadapi cabaran dan berdaya saing

• Warna hijau ; melambangkan warna alam, kepekaan terhadap alam sekitar demi keharmonian sejagat.

• Lima bintang: melambangkan Rukun Islam yang menjadi asas pegangan, bintang juga melambangkan kecemerlangan dan bintang tersebut turut membentuk corak kesenian Islam.

• Parabola: Melambangkan kemajuan teknologi maklumat dan alam siber yang menjadi pemangkin kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan.

• Buku yang terbuka: Melambangkan kitab suci al-Qur’an yang menjadi dustur dan panduan umat Islam. Sumber ilmu dan maklumat serta media utama dalam pendidikan. Baca dan tulis adalah usaha ke arah kejayaan.

• Dua titik ditengah hemisfera : Melambangkan kesembangan dan kesepaduan antara duniawi dan ukhrawi melahirkan insan yang harmonis.

• Bentuk hemisfera: melambangkan alam semesta yang luas dimana manusia menjadi khalifah memakmurkannya

• Tahun 2002/1423H : Tahun sekolah dibuka

• Ilmu Iman Istiqamah : Moto sekolah

bendera sekolah

Logo sekolah di tengah

  • Menggambarkan warga SBPISB sentiasa mendokong tinggi segala cita-cita dan hasrat sekolah tidak kira dimana mereka berada.

Warna kuning keemasan

  • Melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan serta ketaatan terhadap keluhuran perlembangan dan undang-undang, raja dan Negara.

Warna Maroon

  • Semangat tinggi yang membara
  • Keberanian menghadapi cabaran dan daya saing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *