Home / UNIT HEM (PENGURUSAN DISIPLIN) / Makluman PENGUATKUASAAN KAD PELAWAT PELAJAR

Makluman PENGUATKUASAAN KAD PELAWAT PELAJAR

SBPISB/03/01/011 / Jilid 2 (        )                                                                                                       Tarikh : 4 Januari 2016

Kepada

 

Ibu bapa/ Penjaga Pelajar

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

 

Tuan/Puan Yang Dihormati,

 

PENGUATKUASAAN KAD PELAWAT PELAJAR

Merujuk kepada perkara di atas.

  1. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada sebarang sebarang unsur yang menjejaskan keselamatan pelajar khususnya dengan menjayakan PROGRAM SEKOLAH SELAMAT.
  1. Bagi mencapai hasrat tersebut, salah satu elemen keselamatan yang dititikberatkan ialah bagaimana pihak sekolah mengawal pergerakan keluar masuk pelawat sama ada ibu bapa / penjaga yang sah sahaja ketika berurusan dengan pelajar sekolah ini.
  1. Berkuatkuasa sesi persekolahan awal Januari 2016, setiap ibu bapa / penjaga pelajar diwajibkan memiliki KAD PELAWAT PELAJAR dan diserahkan kepada pihak pengawal keselamatan sebelum masuk berurusan dengan anak jagaan masing-masing. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan tiada kebenaran masuk ke kawasan sekolah dan asrama . Kad tersebut boleh dimiliki dengan kadar RM 3.00 sahaja melalui anak tuan / puan.
  1. Pertimbangan dan perhatian semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

‘TEGUH DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’

s.k        Unit Pengurusan Disiplin Pelajar

Unit Pengurusan Asrama