Home / UNIT HEM (PENGURUSAN DISIPLIN) / Makluman PENGUATKUASAAN PERATURAN LEWAT BALIK BERMALAM

Makluman PENGUATKUASAAN PERATURAN LEWAT BALIK BERMALAM

SBPISB/03/01/011 / Jilid 2 (        )                                                                                                                                  Tarikh : 4 JANUARI 2016

Kepada;

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Tuan/Puan Yang Dihormati,

PENGUATKUASAAN PERATURAN LEWAT PULANG KE ASRAMA ( BALIK BERMALAM / OUTING ) PADA MASA YANG DITETAPKAN

Merujuk kepada perkara di atas.

  1. Pihak sekolah menyedari agenda kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah dalam kalangan pelajar merupakan hasrat yang perlu direalisasikan secara bersama seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Sekolah Berasrama Penuh.
  1. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak sekolah tidak berkompromi dengan tingkah laku pelanggaran salah laku disiplin dalam kalangan pelajar khususnya di sekolah ini dengan menguatkuasakan POLISI DISIPLIN KEPUNG DAN PERATURAN PULANG KE ASRAMA ( BALIK BERMALAM )/OUTING PADA MASA YANG DITETAPKAN.
  1. Ibu bapa/penjaga yang lewat menghantar anak/pelajar ke asrama selepas jam 6.00 petang mohon seberapa segera memaklumkan kepada PK Hem/Guru Disiplin/Warden Asrama. Besar harapan kami agar pihak tuan/puan dapat mengambil perhatian di atas makluman penguatkuasaan peraturan ini.
  1. Pertimbangan dan perhatian semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘TEGUH DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’