Home / UNIT HEM (PENGURUSAN DISIPLIN) / Makluman POLISI DISIPLIN KEPUNG

Makluman POLISI DISIPLIN KEPUNG

 

SBPISB/03/01/011 / Jilid 2 (      )                                                                                                                                            Tarikh : 4 Januari 2016

Kepada

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Tuan/Puan/Pelajar Yang Dikasihi,

POLISI DISIPLIN KEPUNG

Merujuk kepada perkara di atas.

  1. Pihak sekolah menyedari agenda kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah di kalangan pelajar merupakan hasrat yang perlu direalisasikan secara bersama seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Sekolah Berasrama Penuh.
  1. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak sekolah tidak berkompromi dengan tingkah laku pelanggaran salah laku disiplin dalam kalangan pelajar khususnya di sekolah ini dengan menguatkuasakan POLISI DISIPLIN KEPUNG  ke atas pelajar terlibat iaitu;

3.1           Tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti luar sekolah seperti program lawatan, perkhemahan, pertandingan atau seumpamanya dalam tempoh  tertentu bagi;

  1. mana-mana pelanggaran  kes salah  laku  disiplin KATEGORI BERAT
  2. b) mana-mana pelanggaran kes salah laku disiplin KATEGORI SEDERHANA

dan  RINGAN  yang menghimpunkan mata demerit melebihi 60 mata daripada

100 mata yang diperuntukkan setahun bagi setiap pelajar

3.2           Tidak dibenarkan keluar mingguan/ outing/ balik bermalam selama SEBULAN atau lebih atau mengikut tempoh tertentu sekiranya;

  1. Lewat pulang ke sekolah/ asrama sama ada outing/ keluar mingguan/ balik bermalam pada masa yang ditetapkan tanpa sebab munasabah dan makluman kepada PK Hem/Guru Dsiplin/Warden Asrama.
  2. Balik bermalam/ outing / keluar mingguan tanpa mendapatkan tandatangan daripada warden asrama.
  3. Melakukan salah laku meniru tandatangan Pengetua/PK Hem/Warden Asrama.
  4. Tidak menghantar kad rekod keluar masuk (kad outing) di pos kawalan keselamatan.
  1. Dimaklumkan juga tindakan tatatatertib sebelum ini yang berupa Kaunseling, Amaran, Tindakan Gantung dan Buang Sekolah diteruskan mengikut tahap, kekerapan dan situasi kes salah laku.
  1. Pertimbangan dan perhatian semua pihak amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘TEGUH DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’