Home / UNIT HEM (PENGURUSAN DISIPLIN) / Makluman PROSEDUR MENERIMA PELAWAT

Makluman PROSEDUR MENERIMA PELAWAT

                                                                         SBPISB 03/01/011/(    )
Tarikh:18 Januari 2016

PROSEDUR MENERIMA PELAWAT

  1. Murid-murid hanya dibenarkan menerima pelawat pada masa-masa berikut :-
  • Sabtu 2.00 petang hingga 6.00 petang
  • Ahad / Cuti Am 12.00 tgh hingga 6.00 petang
  1. Murid-murid dilarang sama sekali menerima pelawat semasa waktu persekolahan kecuali dengan izin Pengetua/ mana-mana Penolong Kanan.
  2. Murid-murid dilarang untuk membawa pelawat ke kamar , kawasan dalam asrama dan tempat-tempat larangan yang ditetapkan .
  3. Tempat yang dibenarkan bertemu dengan pelawat ialah di kantin , pondok-pondok rehat kawasan asrama/sekolah dan tempat-tempat yang telah disediakan.
  4. Hanya ibu bapa , penjaga dan saudara mara yang berdaftar sahaja dibenarkan melawat murid. Kawan / teman lelaki / teman wanita tidak dibenarkan masuk melawat.
  5. Ibu bapa atau penjaga perlu menunjukkan kad pelawat murid sebelum masuk berurusan.
  6. Murid dikehendaki berpakaian kemas dan tuck-in  pakaian ( lelaki ) ketika keluar dari asrama untuk menemui pelawat.
  7. Panggilan murid hendaklah melalui P.A Sistem di pos kawalan asrama atau melalui prosedur semasa.
  8. Ibu bapa / pelawat / saudara mara mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengetua atau warden sebelum membawa anak mereka keluar bagi kes-kes keperluan sahaja.
  9. Ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat setiap hujung minggu. Namun hanya dibenarkan membawa keluar anak pada minggu yang ditetapkan sahaja mengikut jadual.
  10. Pihak warden berkuasa memutuskan sama ada murid terbabit dibenarkan keluar atau tidak bersama pelawat bagi satu-satu keperluan berdasarkan rekod outing terdahulu/rekod disiplin.
  11. Ibu bapa / penjaga bertanggungjawab untuk tidak membekalkan barang larangan sekolah / asrama kepada murid.
  12. Ibu bapa hendaklah memastikan bungkusan sisa makanan dibawa pulang untuk mengekalkan kebersihan kawasan sekolah dijaga.

 “TEGUH DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”