Home / UNIT HEM (PENGURUSAN DISIPLIN) / Prosedur KEBENARAN KHAS PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Prosedur KEBENARAN KHAS PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

 

SBPISB 03/01/011/ (          )

Tarikh : 18 JANUARI 2016

KEBENARAN KHAS PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dalam menjayakan proses pembangunan disiplin, keadilan dan keselamatan pelajar, adalah dijelaskan bahawa telefon bimbit merupakan barang larangan dan pelajar ditegah untuk membawa alatan ini ke sekolah berdasarkan;

1.1          Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Ordinan Pelajaran 1957

1.2          Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2006 KP (BS-DSR) 8787/008/2/Jld. 1 (4 )

1.3          Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 KP (BS-DSR) 201/002/1/Jld. 1 (2 )

1.3          Kod Senarai Barang Larangan Sekolah/Asrama : Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

  1. Walau bagaimanapun, kebenaran khas penggunaan telefon bimbit ini hanya diberikan kepada pelajar untuk tujuan keselamatan sahaja dengan syarat-syarat berikut;

2.1     Jarak tempat tinggal pelajar ke sekolah melebihi 200 kilometer.(Kategori jenis telefon bimbit yang dibenarkan hanya yang boleh membuat panggilan dan SMS sahaja).

2.2    Penggunaan telefon bimbit adalah bertujuan keselamatan atau rujukan ibu bapa sahaja.Sebarang tujuan peribadi melibatkan pelajar lain adalah ditegah sama sekali

2.3    Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Unit Disiplin  dengan mengisi Borang Kebenaran Khas yang ditandatangani oleh ibu/bapa dan disokong oleh warden asrama. Telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Warden  Asrama untuk simpanan. Adalah diingatkan bahawa pihak sekolah tidak semestinya  memberi kelulusan bergantung kewajaran penggunaan dan prestasi disiplin.

2.4      Bagi permohonan penggunaan telefon bimbit untuk tujuan menyertai program/aktiviti  rasmi sekolah, telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Guru Pengiring untuk              simpanan awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan diserahkan di bawah kawalan guru pengiring berdasarkan syarat-syarat khas mengikut situasi yang difikirkan wajar.

2.5       Sebarang bentuk kehilangan/kerosakan telefon bimbit yang bersifat di luar kawalan guru yang menyimpan atau ketika penggunaan pelajar sendiri adalah ditanggung oleh              pelajar sendiri. Adalah dijelaskan bahawa pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab  berhubung kerosakan / kehilangan telefon bimbit pelajar.

2.6       Pihak sekolah berhak membatalkan kebenaran ini SERTA MERTA sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang ditetapkan. Tindakan rampasan dan rekod disiplin akan dikenakan.

 “TEGUH DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN”