Home / Unit Kaunseling

Unit Kaunseling

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH

TUJUAN

Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.

KONSEP

  1. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
  2. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.

 

OBJEKTIF

Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;

  1. Sebagai perkhidmatan yang mesra murid
  2. Meningkatkan disiplin diri murid
  3. Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid

 

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa  dan berfokus kepada program dan aktiviti;

  1. 1.   Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid 
  2. 2.   Peningkatan disiplin diri murid
  3. 3.   Pendidikan Kerjaya murid
  4. 4.   Psikososial dan kesejahteraan mental murid
  5. 5.   Pengurusan Profil Murid
  6. 6.   Pendidikan Pencegahan
  7. 7.   Konsultasi keibubapaan
  8. 8.   Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)